RACQUETBALL | Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola dengan menggunakan raket yang menyerupai raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini dimainkan dalam gelanggang tertutup yang berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam permainan bola raket cut-throat , tiga pemain bersaing sesama sendiri. | UMUM | |
POTTER, BEATRIX | Potter, Beatrix (1866–1943) ialah pengarang dan pelukis Inggeris yang terkenal dengan cerita haiwan kecil yang menyeronokkan untuk kanak- kanak. Bukunya menggabungkan kisah pengembaraan dan jenaka serta dihiasi lukisan cat air yang cantik menggambarkan aksi dan suasana cerita itu. Cerita Potter yang pertama dan paling terkenal ialah The Tale of Peter Rabbit (1902). | UMUM | |
EMOSI | Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan dan ada emosi yang tidak menyenangkan. | UMUM | |
TEKA-TEKI | Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang mengandungi makna yang sengaja disembunyikan. Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai dua maksud. | UMUM | |
YOUNG, FRANCIS BRETT | Young, Francis Brett (1884–1954), penulis novel dan penyair Inggeris yang terkenal. Dia menulis beberapa novel yang sangat menarik dan menyeronokkan. | UMUM | |
DAYUNGAN | Dayungan ialah tindakan untuk menggerakkan sesebuah perahu dengan pengayuh. Ramai orang menyetujui bahawa mendayung di tasik dan sungai merupakan suatu bentuk senaman yang menyeronokkan. Pertandingan lumba perahu pula sudah menjadi satu acara sukan amatur yang penting yang sangat teratur. | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (1804–1875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |
SEUSS, DR. | Seuss, Dr. (1904–1991) ialah nama pena bagi Theodor Seuss Geisel, penulis dan pelukis ilustrasi Amerika. Dr. Seuss terkenal sebagai penulis buku kanak-kanak, yang menggabungkan lukisan berunsur karut dan jenaka yang menyeronokkan. | UMUM | |
MIMPI | Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi buruk). | UMUM | |
KOBOI | Koboi ialah orang yang membantu menjaga sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu. Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan kesusahan menjadikan mereka wira kepada banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang menyeronokkan tentang kehidupan koboi, nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa koboi yang berwarna-warni semuanya telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang gambar, dan televisyen yang paling popular adalah tentang koboi. | UMUM | |