STOR BIJIAN | Stor bijian ialah bangunan yang dilengkapi untuk menyimpan, memuat dan memunggah bijian sebelum bijian dijual atau digunakan. Stor bijian terletak di ladang, di kilang pengisar, di stesen kereta api, dan limbungan, dan menyimpan bijian seperti barli atau gandum. | UMUM | |
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA | Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, memorial yang menyimpan dan mempamerkan barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan, dan memulihara segala bahan-bahan arkib, muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan menyediakan kemudahan rujukan kepada penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini turut berperanan menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada generasi sebagai monumen yang kekal sebagai peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. | UMUM | |
SUKULEN | Sukulen ialah nama bagi tumbuhan yang berisi seperti kaktus, yang mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Tumbuhan sukulen tumbuh di gurun dan di tempat kering di dunia, iaitu ditempat tiada banyak air. Tumbuhan gurun mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Lihat juga Famili spurge; Kaktus; Sedum. | UMUM | |
KAPASITOR | Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik dan litar elektronik. | UMUM | |
PUNDI HEMPEDU | Pundi hempedu ialah kantung kecil yang menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan yang mempunyai tulang belakang, mempunyai pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk duktus hempedu . | UMUM | |
OVARI | Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang organ seks wanita yang menyimpan dan mengeluarkan telur. Ovari juga merembes estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira- kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen. | UMUM | |
PUNDI KENCING | Pundi kencing ialah nama biasa bagi organ berotot berongga yang menyimpan air kencing sebelum ia dikeluarkan dari badan. Pengosongan pundi kencing berlaku secara terkawal pada kebanyakan manusia dan banyak mamalia lain. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM) | Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah perpustakaan awam induk yang menyimpan pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna, pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan merancang dan membangunkan prasarana perpustakaan di seluruh negara. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN | Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu bahagian yang amat penting dalam sistem pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman, dan media lain. Manusia dari semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli sains, menggunakan sumber yang ada di perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar daripada orang awam turut mengunjungi perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu, ramai orang menikmati perbincangan buku, pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka. | UMUM | |
DIARI | Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak gemar orang lain membaca diari mereka. | UMUM | |