Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyin.dir] | مڽيندير

Definisi : mengatakan sesuatu (utk men­cela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir me­nantu prb mengata-ngatai orang tetapi per­kataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyin.dir] | مڽيندير

Definisi : mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,

Puisi
 

Tidak tahan sakit kaki,
     Kena duri dalam petak;
Tidak tahan sakit hati,
     Orang menyindir dalam gelak.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROTH, PHILIP

Roth, Philip (1933– ) ialah novelis dan

pengarang cerita pendek Amerika. Dia menerima

banyak pujian dan kritikan kerana paparan yang

dibuat secara terang, lucu dan kadangkala

menyindir terhadap kehidupan masyarakat dan

keluarga Yahudi moden di Amerika Syarikat.

UMUM 
SWIFT, JONATHAN

Swift, Jonathan (1667–1745) ialah pengarang

Inggeris yang menulis Gulliver’s Travels (1726),

sebuah mahakarya kesusasteraan komedi.

Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan

oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea

dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau

membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat

melucukan dan menyenangkan. Swift

memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku

rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang

Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap

Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang

menjadi wira di Ireland Roman Katolik.

UMUM 
SYAIR NYAMUK DAN LALAT

SYAIR NYAMUK DAN LALAT, puisi Melayu tradisional.  Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Syair ini menyindir seorang gadis yang enggan disunting oleh seorang pemuda yang lebih tinggi kedudukannya.

SASTERAKonsep
SYAIR KUPU-KUPU

SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford.

SASTERAKonsep
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU

SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas