Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.sir] | مڽيسير

Definisi : berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dll): kami meng­ambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yg ditujui; ~ pantai menyusur pantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.sir] | مڽيسير

Definisi : 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.sir] | مڽيسير

Definisi : berjalan atau lalu di tepi; menyusur: ~ pantai berjalan di tepi pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyi.sir] | مڽيسير

Definisi : 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisir2
1. Bersinonim dengan sikat

2. Bersinonim dengan pencakar: penggaruk

3. Bersinonim dengan tangkai: gugus

Kata Terbitan : menyisir, menyisir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

             

 

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas