KEKUDA | Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang digunakan untuk menyokong jalan raya yang merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang disambungkan dengan dawai dan penyokong, biasanya lebih murah daripada membina jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah alang yang berkaki. Ia digunakan untuk menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan lukis disokong oleh rangka yang dinamakan kekuda. | UMUM | |
KAKI | Kaki ialah anggota yang menyokong badan manusia atau haiwan. | UMUM | |
MOGOK UMUM BRITAIN | Mogok umum Britain telah diadakan pada tahun 1926 oleh kebanyakan kesatuan sekerja United Kingdom kerana menyokong Kesatuan Sekerja Pekerja Lombong. Pada tahun 1925, pemilik lombong mencadangkan pemotongan gaji. Pelombong enggan menerimanya. Perdana Menteri, Stanley Baldwin, menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Sir Herbert Samuel untuk menyiasat keadaan di dalam industri tersebut. Suruhanjaya tersebut menyokong pemotongan gaji itu. | UMUM | |
PARTI-PARTI UNIONIST | Parti-parti Unionist (Kesatuan) di Ireland Utara ialah parti politik yang menyokong supaya kesatuan (hubungan politik ) antara Ireland Utara dengan Great Britain dikekalkan. Ahli Unionist menyokong kuat kemasukan Ireland Utara ke dalam United Kingdom dan membantah sebarang perubahan politik yang boleh menyebabkan Ireland Utara menjadi sebahagian daripada Republik Ireland. | UMUM | |
PERIODONTITIS | Periodontitis ialah penyakit gusi dan tulang yang menyokong gigi dalam rongga masing- masing. Ia juga dikenali sebagai pyorrhoea alveolaris dan merupakan punca utama gigi tercabut apabila seseorang melebihi usia 35 tahun. | UMUM | |
PERBAHASAN | Perbahasan adalah beberapa siri perdebatan secara formal, sama ada menyokong atau menentang, terhadap tajuk yang dicadangkan. | UMUM | |
SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) tisu penghubung sempurna yang lembut, (2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Rawan dan Tulang . | UMUM | |
PROUST, JOSEPH LOUIS | Proust, Joseph Louis (1754–1826) ialah ahli kimia Perancis. Dia menjadi terkenal kerana menyokong idea bahawa setiap sebatian kimia tulen terdiri daripada unsur dalam perkadaran yang ditetapkan. Ahli sains kini menerima idea ini sebagai hukum perkadaran malar. | UMUM | |