Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyuap] | مڽواڤ

Definisi : 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyuap] | مڽواڤ

Definisi : 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suap
Kata Terbitan : menyuap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKIMMER

Skimmer, juga dikenali sebagai scissorbill, ialah

burung yang berkaitan dengan burung camar dan

tern. Nama skimmer diberi kepada burung ini

kerana tabiatnya melayap dengan pantas di

permukaan air. Semasa melayap paruhnya terbuka

dan bahagian bawahnya berada di bawah

permukaan air, menyuap serangga, ikan kecil,

udang serangan, dan lain-lain haiwan kecil. Nama

scissorbill berasal daripada paruhnya yang nipis

bak pisau cukur yang bahagian bawahnya lebih

panjang daripada bahagian atas. Burung ini

menyengetkan badannya semasa terbang, untuk

mengelakkan sayapnya tersentuh air.

UMUM 

Kembali ke atas