Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.bur.kan] | مڽوبورکن

Definisi : 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.bur.kan] | مڽوبورکن

Definisi : membuat supaya (tanah dsb) menjadi subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subur (adjektif)
1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,

2. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,

3. Dalam konteks berkembang pesat
bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,

Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAJA

Baja ialah bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman atau tanah. Baja mengandungi unsur atau pelbagai unsur perlu yang dibekalkan kepada tanaman sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Penggunaan baja bertujuan untuk memperbaik pemakanan tumbuhan di samping dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah atau media pertumbuhan. Pembajaan akan meningkatkan pertumbuhan pokok yang seterusnya akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti.

PERTANIANKonsep
SEMANGAT PADI

SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan.  Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian.  Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual.

BUDAYAKepercayaan
MAGINAKAN

MAGINAKAN, upacara keagamaan kaum Dusun-Kadazan di Sabah sebagai cara menyatakan kesyukuran dan penghargaan kerana rezeki yang diberikan oleh tuhan Kinorohingan, di samping memohon kepadanya supaya menurunkan rezeki dan menyuburkan tanaman pada musim akan datang.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi

Kembali ke atas