Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.yum.bang.kan] | مڽومبڠکن

Definisi : memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): bebe­rapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.yum.bang.kan] | مڽومبڠکن

Definisi : ; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.yum.bang.kan] | مڽومبڠکن

Definisi : menjadikan se­suatu sbg sokongan atau bantuan; memberikan sesuatu sbg bantuan: Mereka telah ~ fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbang2
1. Bersinonim dengan melanggar adat: salah adat, biadab, tidak sopan,

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan janggal, palsu, sember, someng, tidak sedap didengar,

3. Bersinonim dengan salah: silap, khilaf, keliru, pelak,

Kata Terbitan : menyumbangkan, menyumbang-nyumbangkan, menyumbang, menyumbangkan, sumbangan, penyumbang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRUVE, OTTO

Struve, Otto (1897–1963) ialah ahli astranomi

Amerika yang banyak menyumbangkan kajian

tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana

penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve

banyak membuat kajian tentang bintang dedua

spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya

dapat dikenal dengan menganalisis spektrum

cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim

bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan

berkitar garis spektrumnya daripada gelombang

biru kepada gelombang merah dan kemudiannya

berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang

(Bintang dedua).

UMUM 
KEDERMAWANAN

Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai

kesejahteraan manusia oleh individu dan

kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau

harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada

kebajikan kerana kedermawanan biasanya

menolong kumpulan yang besar atau sesebuah

institusi dan bukan orang perseorangan atau

beberapa individu sahaja.

UMUM 
NEW BRUNSWICK

New Brunswick (pend. 723 900) adalah salah

sebuah daripada empat Provinsi Atlantik Kanada.

Kira-kira 90 peratus daripada kawasan daratannya

diliputi hutan. Saint John, ialah bandar terbesar di

New Brunswick. Ibu negara New Brunswick ialah

Fredericton.

Industri perkhidmatan menyumbangkan 72

peratus daripada keluaran dalam negara kasar New

Brunswick. Industri pembuatan pula

menyumbangkan 13 peratus daripada keluaran

dalam negara kasar. Aktiviti utama pembuatan ialah

pemprosesan makanan.

UMUM 
PIJNAPPEL, J.PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883.BAHASATokoh
KINSEY, ALFRED CHARLES

Kinsey, Alfred Charles (1894–1956), ahli

biologi Amerika. Dia ialah salah seorang ahli sains

pertama yang membuat kajian tentang tingkah laku

seksual manusia. Kajiannya yang bermula pada

akhir tahun 1930-an, menyumbangkan wawasan

penting kepada perhubungan seksual antara

manusia.

UMUM 
PLUTARCH

Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi

dan penulis Greek yang terkenal dengan

penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of

Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives

atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang

negarawan atau jeneral Greek dan Rom.

Perbandingannya sering kali dilakukan secara

paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber

penting dalam maklumat sejarah.

UMUM 
MAJALAH GURU

MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah Guru memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Za’ba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas