Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyum.bat.kan] | مڽومبتکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menyumbat: dicari kayu hendak disum­batkan pd lubang itu; 2. memasukkan se­suatu ke dlm, mengisikan: bapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dlm guni; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyum.bat.kan] | مڽومبتکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk menyumbat: Dia ~ kertas pd lubang itu. 2 memasukkan sesuatu ke dlm; mengisikan: Mereka telah ~ buah rambutan itu ke dlm karung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyumbatkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRENS

Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang

tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan

dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan

pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira

tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu

Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di

pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah

cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar

tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka.

Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara

Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat

pada tiang. Odysseus dengan itu dapat

mendengar suara Sirens tanpa membahayakan

kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada

mulanya digambarkan sebagai burung yang

berkepala wanita dan kemudiannya sebagai

wanita yang berkaki burung dan kadangkala

bersayap.

Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri.

UMUM 

Kembali ke atas