Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nnyum.pit] | مڽومڤيت

Definisi : meniup sumpitan utk mele­paskan damak, melepaskan damak pd sesuatu (dgn sumpitan): kalau terlihat tupai melom­pat dr dahan ke dahan habis disumpitnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nnyum.pit] | مڽومڤيت

Definisi : meniup sumpitan utk melepaskan damak; me­lepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyumpit

Puisi
 

Ambil buluh buat sumpitan,
     Hendak menyumpit rumah Cik Bata;
Sungguhpun banyak biring tambatan,
     Ayam togel di laman juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 

Kembali ke atas