Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENDANDAN RAMBUT

Mendandan rambut ialah seni menggunting,

mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga

rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan

rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan

untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan

mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara

berbanding hampir-hampir kesemua perubahan

fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri

yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk,

atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada

sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi

gaya rambut yang menarik dan mudah

dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan

kehendak seseorang.

UMUM 
SENI LUKIS

Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua

dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah

menyusun warna pada permukaan dengan cara

untuk menyatakan idea mereka tentang manusia,

dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis

bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan

keseronokan dan maklumat kepada manusia.

UMUM 
MERGENTHALER, OTTMAR

Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka

cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat

peranti yang mempunyai papan kekunci yang

menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan

mengatur seluruh baris huruf secara serentak.

UMUM 
ANYAMAN

Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain.  Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan.

BUDAYAKraf Tangan
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 
ASAS AL-BALAGHAH

Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus

perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari.

Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar.

Dia menyusun kamus ini dengan cara yang

berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya.

Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan,

penjelasan makna perkataan dan keterangannya

mengikut cara konteks.

UMUM 
NASH, CHARLES WILLIAM

Nash, Charles William (1864–1948) ialah

perintis industri kereta di Amerika Syarikat. Dia

menjadi presiden Buick Motor Company pada

tahun 1910, dan menyusun semula syarikat

tersebut sehingga ia menjadi sebuah syarikat yang

berjaya. Nash dilantik sebagai presiden General

Motors Company (kini dikenali sebagai General

Motors Corporation) pada tahun 1912 apabila

syarikat itu hampir bankrap. General Motors juga

menjadi maju di bawah kepimpinan Nash.

UMUM 
MUHAMMAD FU'AD, 'ABD AL-BAQI

Muhammad Fu’ad, ‘Abd al-Baqi (1299 H. –

1388 H./1882 M.–1968 M.) ialah tokoh ilmuwan

Mesir. Dia banyak menghabiskan masa dalam

menyusun dan membuat susunan indeks hadith.

Dia lahir di Qalyubiyah, Mesir, dan membesar di

Kaherah serta pernah belajar di beberapa buah

sekolah di sana. ‘Abd al-Baqi pernah berkhidmat

sebagai penterjemah bahasa Perancis di Jabatan

Pertanian pada sekitar tahun 1905 dan 1933. Dia

berhenti menulis disebabkan oleh matanya yang

kabur dan menjadi buta sebelum kematiannya.

UMUM 
SIBAWAYH

Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor

nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah

Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia

merupakan antara orang terawal menyusun ilmu

tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’.

Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang

bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang

mengatakan bahawa ibunya memberi nama

timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia

berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’

dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama

berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan

kematiannya yang sebenar.

UMUM 
O'NEALE, PEGGY

O’Neale, Peggy (1796–1879) ialah salah seorang

tokoh utama dalam salah satu sejarah pergeseran

terbesar masyarakat Washington, D.C.

Pergeseran itu menyebabkan Presiden Amerika

Syarikat, Andrew Jackson, menyusun semula

Kabinetnya.

UMUM 
1234

Kembali ke atas