Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.gut] | مراݢوت

Definisi : 1. menarik (menyentak, me­ra­but, mencabut) dgn paksa atau dgn ke­kuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya di­per­lakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu dira­gut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gut] | مراݢوت

Definisi : 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai­-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragut
Kata Terbitan : meragut,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOWNS

Downs pada umumnya merupakan kawasan

lereng banjaran bukit yang tidak berpokok.

Nama ini digunakan terutamanya di England

bagi kawasan rumput tempat lembu ternakan

meragut.

UMUM 
PASTUR

Pastur ialah kawasan tempat lembu, kuda, biri-

biri, dan lain-lain haiwan ternakan dan hidupan liar

mendapatkan makanan dengan meragut rumput.

UMUM 
TANAH AWAM

Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang

boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang

menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi,

pada Zaman Pertengahan, di England, orang

menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan

meragut rumput, untuk menebang pokok dan

menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak

bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada

penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah

penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada

tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan

pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung

bermula.

UMUM 
DOGBANE

Dogbane ialah nama 11 tumbuhan yang berkaitan

rapat. Ia tumbuh di zon beriklim sederhana di utara

kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kesemua dogbane ialah tumbuhan hijau beracun

yang mengandungi jus putih yang pahit. Tetapi ia tidak

membahayakan kerana kebanyakan haiwan meragut tidak suka

jusnya yang pahit dan tidak mahu memakannya

lagi.

UMUM 
RUMINAN

Ruminan ialah nama yang diberi kepada haiwan

meragut yang mengunyah makanannya dan

mempunyai huf terbahagi. Haiwan seperti ox, biri-biri,

lembu, unta, llama, rusa, kambing, antelop,

dan zirafah adalah ruminan.

UMUMUmum

Kembali ke atas