MERAK | Merak ialah salah satu burung yang suka menonjolkan diri kerana berbadan besar dan cantik bulunya. Dari segi teknikal, perkataan <i>meraki> merujuk kepada burung merak jantan. Burung betina dikenali sebagai <i>burung merak betina.i> Kebanyakan orang menggunakan perkataan <i> burung merak i> bagi kedua-dua jantina. | UMUM | |
AYAM BELANDA | Ayam belanda ialah nama dua spesies burung Amerika Syarikat yang ada kaitan dengan ayam, merak, dan kuang bayas. Orang Asli Amerika menternak ayam belanda sebagai sumber makanan sejak tahun 1000 M. | UMUM | |
WAU | WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali. Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju. Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MAARUF MAHMUD | MAARUF MAHMUD (1920- ), penulis. Dia lahir pada 4 Disember 1920 di Hulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor. Dia juga menggunakan nama pena Marmah dan Merak Mas. Maaruf mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Yam Baru (1926-1927) dan Sekolah Melayu Port Swettenham hingga tahun 1930. Dia menyambung persekolahannya di High School Klang (1931-1934). | SASTERA | Tokoh |
S. WOJOWASITO | S. WOJOWASITO (1919 – 1983), ahli bahasa dan ahli falsafah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Soewojo Wojowasito. Dia lahir pada 5 Januari 1919 di solo, Jawa Tengah, Indonesia. Dia menamatkan pelajarannya di AMS Afdeling AI (Algemene Middelbare School, Afdeling Maleise/Javaanese Taal-en Letterkunde) pada tahun 1939. Dari tahun 1939 hingga tahun 1942, dia menjadi penolong kepada Profesor Dr. C.C. Berg untuk mengumpulkan data tentang bahasa-bahasa di Jawa (Merak hingga Banyuwangi). Pada tahun 1950, dia meneruskan pengajiannya di Fakultas Sastra dan Filsafat, Universitas Indonesia, dan lulus sebagai Sarjana Sastra dan Filsafat pada tahun 1954. Dia juga lulus Sarjana Sastra Jawa dan Indonesia dari universiti yang sama pada tahun 1956. | BAHASA | Tokoh |