Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa] | مراس

Definisi : 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa] | مراس

Definisi : mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Bermaksud :

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORFIN

Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan

untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan

untuk mengubati beberapa masalah perubatan

yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin

kerana ia membuatkan mereka merasa lebih

bahagia.

UMUM 
SIRENS

Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang

tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan

dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan

pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira

tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu

Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di

pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah

cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar

tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka.

Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara

Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat

pada tiang. Odysseus dengan itu dapat

mendengar suara Sirens tanpa membahayakan

kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada

mulanya digambarkan sebagai burung yang

berkepala wanita dan kemudiannya sebagai

wanita yang berkaki burung dan kadangkala

bersayap.

Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri.

UMUM 
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas