Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : 1. menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati) dgn hiburan dll: irama lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yu] | مرايو

Definisi : 1 menyedapkan hati dgn hiburan dll: Irama lagu Melayu ~ hati. 2 memikat hati; memujuk: Ia ~ gadis itu dgn kata-kata manis. 3 memajukan permohonan: Saya ~ kpd mereka supaya mempertimbangkan keputusan itu semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayu2
Kata Terbitan : merayu, rayuan, perayu, merayu,

Puisi
 

Tuan menyuluh Batu Kayu,
     Tanam lada dari Acheh;
Bunyi guruh saya merayu,
     Tidak disangka bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAHAN

Arahan , dalam undang-undang ialah set kertas

kerja yang disediakan oleh peguam cara yang

hendak dibawa oleh barrister ke mahkamah untuk

merayu sesuatu kes. Istilah ini juga digunakan bagi

mana-mana arahan yang diberi oleh klien kepada

seorang profesional apabila memberi arahan

kepadanya.

Di Amerika Syarikat, arahan bagi sesuatu kes

undang-undang dibuat secara ringkas. Arahan

dikemukakan kepada mahkamah oleh setiap pihak,

biasanya dalam kes rayuan. Ia sebagai

menggantikan hujah mulut.

UMUM 
PERCEVAL, SPENCER

Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu-

satunya perdana menteri British yang dibunuh

semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812,

ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia

ditembak oleh John Bellingham. Semasa

dibicarakan, Bellingham merayu dengan

mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika

membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah

dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval

menjadi perdana menteri selama tiga tahun

semasa Perang Napoleon.

UMUM 
POCAHONTAS

Pocahontas (1595?–1617?) ialah anak perempuan

ketua Orang Asli Amerika, Powhatan. Dia bekerja

untuk mengekalkan persahabatan antara Orang

Asli Amerika dengan penjajah Inggeris yang awal

di Amerika. Kapten John Smith, pemimpin

peneroka di Jamestown, Virginia mendakwa

bahawa Pocahontas pernah menyelamatkan

nyawanya. Smith menulis dalam bukunya The

Generall Historie of Virginia, New England, and the

Summer Isles (1624) bahawa Powhatan ingin

membunuhnya dengan belantan batu. Smith

mendakwa bahawa Pocahontas telah meletakkan

kepalanya pada Smith dan merayu pada ayahnya

supaya tidak membunuh Smith. Tetapi cerita ini

tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana

buku-buku terawal Smith gagal menjelaskan

punca kejadian ini.

UMUM 
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
PUISI BAHARU MELAYUPUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia.SASTERAKarya

Kembali ke atas