Mercury ialah utusan tuhan dan dewa perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom purba turut memuja Mercury sebagai dewa perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan commerce, merchandise dan merchant berkait rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap Mercury agak licik dan mengelirukan, serta seorang penipu atau pencuri. Penjenayah menganggapnya sebagai pelindung mereka. Mercury menyerupai dewa Hermes dalam mitologi Yunani. |