TULISAN | sistem lambang dalam bentuk huruf, aksara atau gambar yang digunakan untuk mencatatkan atau merekodkan bahasa pertuturan. | BAHASA | Konsep |
MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |
KOMPUTER PERIBADI | Komputer peribadi ialah komputer meja atau komputer riba yang direka bentuk untuk kegunaan umum. Komputer jenis ini digunakan oleh individu, keluarga, sekolah, atau syarikat untuk merekodkan maklumat, menulis laporan, mempelajari perkara baharu, bermain permainan, mengatur cara, atau mengendalikan perkakas rumah. | UMUM | |
ARKIB | Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib berbeza-beza daripada arkib negara yang besar sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej atau di premis syarikat swasta. Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib. Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian mengenai keluarga tempatan. | UMUM | |
SHORAN | Shoran (kependekan bagi short range navigation) ialah sistem elektronik yang digunakan untuk pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang menggunakan shoran menghantar isyarat radio ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan. Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah. | UMUM | |
BOSE, SIR JAGDISH CHANDRA | Bose, Sir Jagdish Chandra (1858–1937) ialah ahli sains India. Usahanya termasuk penemuan dalam bidang fizik dan biologi. Sumbangannya yang paling penting kepada pengetahuan sains ialah penciptaan alat yang benar-benar peka untuk merekodkan cara tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap tindakan luar. Misalnya, alat ciptaannya menunjukkan bagaimana tumbuh-tumbuhan yang cedera kelihatan bergetar. | UMUM | |