Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rém.bés] | مريمبيس

Definisi : 1. meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rém.bés] | مريمبيس

Definisi : 1 meresap masuk atau keluar (bkn benda cair). 2 menyusup (dgn diam-diam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rembes
Kata Terbitan : merembes,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENJAR PITUITARI

Kelenjar pituitari ialah satu daripada kelenjar

yang paling penting dalam badan. Kelenjar ini

merembes beberapa hormon yang mengawal

pelbagai fungsi badan. Kelenjar pituitari adalah

kira-kira sebesar kacang pis dan terletak di bawah

otak berhampiran dengan pusat tengkorak.

Kelenjar ini dihubungkan oleh satu tangkai pendek

dengan hipotalamus, sebahagian daripada otak.

Kelenjar pituitari kadangkala dikenali sebagai

hipofisis.

UMUM 
OVARI

Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang

organ seks wanita yang menyimpan dan

mengeluarkan telur. Ovari juga merembes

estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks

wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira-

kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak

di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen.

UMUM 
KELENJAR PARATIROID

Kelenjar paratiroid terdiri daripada empat

kelenjar kecil yang berfungsi sebagai satu kelenjar.

Kelenjar-kelenjar ini terletak di depan leher dekat

kelenjar tiroid. Kelenjar paratiroid merembes

hormon paratiroid (PTH), yang juga dinamakan

parathormon , ke dalam darah. PTH membantu

mengawal amaun kalsium dan fosfat dalam badan.

Mineral ini diperlukan untuk beberapa proses

badan yang penting, termasuk pertumbuhan

tulang dan otot, dan fungsi saraf.

UMUM 
TENCH

Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan

kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil.

Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang,

dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya

merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini

berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik,

sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan

tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan

moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di

atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia

tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara,

Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi

60 sentimeter panjangnya.

Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili

kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca .

UMUM 
KELAYUAN

Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila

daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia

biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang

menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan

layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang

menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran

yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat

yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan

kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke

dalam tisu tumbuhan.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 

Kembali ke atas