Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.reng.gang.kan] | مرڠݢڠکن

Definisi : menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.reng.gang.kan] | مرڠݢڠکن

Definisi : men­­ja­dikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renggang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rapat: bersela
Berantonim dengan bertutup

2. Bersinonim dengan kurang erat: ganggang, kurang karib, kurang mesra, kurang rapat,
Berantonim dengan erat

3. Bersinonim dengan jarang: bercelah, renggang, bersela, berselang, ganggang,
Berantonim dengan rapat

Kata Terbitan : berenggang, merenggang, merenggangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUAPUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loo. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas