FENOMENON PENGANGKUTAN | Mekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
MENURUN | MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya. | BUDAYA | Kaedah |
OASIS | Oasis ialah kawasan subur yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di gurun, tempat air bawah tanah berada sangat hampir dengan permukaan tanah bagi mewujudkan telaga dan mata air. Air yang terdapat di oasis asalnya turun sebagai hujan atau salji di gunung atau bukit yang berjauhan. Selepas meresap ke dalam tanah, air ini secara perlahan-lahan meresapi batu-batan yang terdapat di bawah tanah, lalu mengalir ke kawasan rendah di gurun. Ia kemudian timbul semula di permukaan bagi membentuk mata air atau cukup cetek untuk memenuhi telaga. Kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan di sepanjang anak sungai yang sentiasa mengalir di gurun, juga dipanggil oasis. | UMUM | |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH | PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH, penyerapan unsur bahasa yang berasal daripada bahasa-bahasa di Timur Tengah atau Asia Barat. Unsur bahasa Timur Tengah yang meresap ke dalam bahasa Melayu datangnya daripada bahasa Arab, parsi dan Turki. Proses peminjaman itu bermula dari zaman kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang bermula pada abad ke-3 H. tetapi mula berkembang pada abad ke-5 H (abad ke-11 M). | BAHASA | Konsep |