Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.riah] | مرياه

Definisi : 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, kera­maian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.riah] | مرياه

Definisi : 1 riang gembira; suka ria: Mereka merayakan kejayaan itu dgn ~nya. 2 besar-besaran; ramai: Perayaan menyambut hari kemerdekaan tahun ini lebih ~ drpd tahun yg sudah-sudah. 3 dgn segala kebesaran, kemuliaan dll: Mereka menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh semangat. memeriahkan menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. kemeriahan keadaan meriah; keriaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARDI GRAS

Mardi Gras ialah sambutan yang meriah dan

berwarna-warni yang diadakan pada Shrove

Tuesday, iaitu hari sebelum Lent bermula.

UMUM 
SEPANYOL

Sepanyol, negara yang terletak di Eropah Barat

terkenal dengan perlawanan lembunya yang

meriah, cuacanya yang cerah, dan cerita istana

kotanya yang menarik. Sepanyol merupakan salah

sebuah negara yang paling mundur di Eropah

Barat sehinggalah pertengahan tahun 1900-an.

Kebanyakan penduduknya terdiri daripada

peladang miskin. Seterusnya, menjelang tahun

1950-an dan 1960-an, pertumbuhan ekonomi yang

pesat telah menukarkan Sepanyol menjadi sebuah

negara perindustrian.

UMUM 

Kembali ke atas