MERIAM | Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras, bahagian bawah, dan mekanisme menembak. Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan dari pesawat semasa Perang Dunia II (1939–1945), pernah dinamakan sebagai meriam. | UMUM | |
POKOK PELURU MERIAM | Pokok peluru meriam ialah pokok Amerika Selatan yang meluruhkan daunnya lebih daripada sekali setahun. | UMUM | |
ARTILERI | Artileri meliputi meriam beroda atau pelancar roket yang terlalu besar atau terlalu berat untuk dikelaskan sebagai senjata kecil. Biasanya sebarang meriam atau pelancar yang menggunakan amunisi yang berdiameter 2.5 sentimeter atau lebih dan yang tidak ditembakkan dari tangan atau dari bahu dikenali sebagai artileri . | UMUM | |
SERPIHAN PELURU | Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan (kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel (1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi sejumlah bebola dan serbuk peletup yang memecahkan kelongsong peluru. Tentera British menggunakan peluru pertama jenis ini di Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I (1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939– 1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada serpihan keluli pembalut kelongsong peluru meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga Meriam; Peluru. | UMUM | |
SENAPANG | Senapang ialah sejenia senjata yang boleh menembakkan peluru, peluru meriam, atau beberapa jenis misil yang lain. Kebanyakan senapang menembak dengan kuasa bahan letupan seperti serbuk letupan. Tetapi ada juga senapang yang menggunakan gas termampat atau sejenis spring sebagai penggerak kuasanya. | UMUM | |
PESAWAT PENGEBOM | Pesawat pengebom ialah kapal terbang tentera yang menyerang sasaran di darat dan di laut. Pesawat pengebom membawa bom, peluru berpandu, roket, mesingan, dan meriam. Tentera udara bagi hampir semua negara mempunyai pesawat pengebom, dan sesetengah perkhidmatan tentera laut dan marin juga mempunyai pesawat pengebom. | UMUM | |
LELA RENTAKA | LELA RENTAKA, meriam yang boleh dipusing-pusing. Lela rentaka biasa digunakan oleh penduduk di pesisiran dan di muara sungai. Meriam ini dipasang di tepi perahu yang tapaknya ditebuk khas untuk memasukkan puting lela rentaka bagi memudahkan meriam itu dipusing-pusing menghala ke sasarannya. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
SENJATA NUCLEAR | Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang memperoleh kuasa pemusnahnya daripada perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga. Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam, periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding sebarang senjata konvensional (bukan nuklear). | UMUM | |
REJIMEN | Rejimen ialah organisasi tentera yang bertanggungjawab terhadap perumahan dan penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya. Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron (tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri). Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya dua batalion semasa aman atau paling ramai 15 batalion semasa perang. | UMUM | |
SULTAN MUZAFFAR SYAH I | Sultan Muzaffar Syah I ( ?–1179) ialah Sultan Kedah yang pertama (1136–1179). Nama baginda sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha baginda mengembangkan agama Islam di Kedah. | UMUM | |