Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ri.dian] | مريديان

Definisi : (Geog) garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub utara ke kutub selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ri.dian] | مريديان

Definisi : /méridian/ ist garis yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub ke kutub. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meridian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERIDIAN GREENWICH

Meridian Greenwich ialah garisan utara-selatan

yang merentasi Greenwich, sebuah

kawasan pilihan raya bandaran (borough) London,

pada peta bumi. Meridian Greenwich sering

dikenali sebagai meridian perdana. Ia ditandai

oleh 0°garisan bujur, dan semua meridian

garisan bujur yang lain dinomborkan timur atau

barat meridian ini.

UMUM 
MERIDIAN

Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob

dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap

garisan mengelilingi separuh glob dan

bersambung dengan garisan yang satu lagi pada

kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian.

Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua

kutub membentuk edaran meridian. Garisan

meridian digunakan untuk mengukur longitud,

iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang

melalui Greenwich, England.

UMUM 
HARI SURIA

Hari suria, tempoh masa yang diambil untuk menyaksikan matahari melintas garis meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya.

FIZIKFenomena
HARI SEDERIUS

Hari sederius, masa yang diambil untuk bintang yang sama melintas meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya.

FIZIKFenomena

Kembali ke atas