BADIK, sejenis senjata pendek. Badik dapat digunakan untuk menikam, menyembelih, memotong daging dan merincih sayur-sayuran. Badik dikatakan senjata yang paling disukai oleh bangsa Melayu dan dipercayai berasal dari Sumatera dan Jawa. Walau bagaimanapun, kebanyakan badik di negara ini dibuat di Kelantan, Terengganu dan Perak. Walau demikian, ada juga badik dari Negeri Sembilan, Melaka dan juga negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Thanks for clicking. That felt good.