SZILARD, LEO | Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika yang merintis usaha dalam pembangunan perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942. Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest, Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace Award) pada tahun 1959. | UMUM | |
HERTZ, HEINRICH RUDOLF | Ahli fizik berbangsa Jerman keturunan Yahudi. Ahli sains yang merintis jalan kepada perkembangan radio, televisyen dan radar dengan penemuan gelombang elektromagnet sekali gus membuktikan teori gelombang elektromgnet Maxwell. | FIZIK | Tokoh |
STIEGLITZ, ALFRED | Stieglitz, Alfred (1864–1946) ialah jurugambar Amerika yang telah merintis bidang fotografi sebagai satu bentuk seni. Dia juga membantu memperkenal dan menggalakkan seni lukis moden di Amerika Syarikat. | UMUM | |
MESMER, FRANZ ANTON | Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia mengembangkan teori yang dinamakan “kemagnetan haiwan” yang kemudiannya dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer percaya terdapat cecair misteri yang boleh menembusi semua tubuh. Cecair ini membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa, iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain. | UMUM | |
DURYEA | Duryea ialah nama keluarga dua adik-beradik orang Amerika yang merintis penerokaan pembuatan kereta motor. | UMUM | |
MAITLAND, FREDERIC WILLIAM | Maitland, Frederic William (1850–1906), ahli sejarah Inggeris yang merintis pengajian sejarah hukum Inggeris yang awal. Kajiannya melahirkan banyak bahan yang kini diketahui sejarah hukum Anglo-Saxon. Maitland dapat menyaring pelbagai bukti yang bertentangan serta membingungkan dan seterusnya mencari yang benar. Karya- karyanya yang penting termasuklah History of the English Low (1895), yang ditulis bersama dengan Frederick Pollack, dan Domesday Book and Beyond (1897). | UMUM | |
ROOSEVELT, NICHOLAS J. | Roosevelt, Nicholas J. (1767–1854) ialah pereka dan jurutera Amerika. Dia membantu merintis pembangunan kapal stim. | UMUM | |
STOPES, MARIE CARMICHAEL | Stopes, Marie Carmichael (1880–1958), ahli sains dan penulis British, terkenal kerana merintis kerja-kerja untuk perancangan keluarga. Dia telah mengasaskan sebuah klinik kawalan kelahiran dan menjadi Presiden Persatuan Kawalan Kelahiran Membina dan Kemajuan Kaum. Kebanyakan penulisannya menyentuh masalah dalam perkahwinan. Marie Stopes lahir di Edinburgh, Scotland, dan mendapat pendidikan di University College, London. Dia ialah wanita pertama yang menjadi kakitangan dalam bidang sains di Manchester University. | UMUM | |
DUBOS, RENÉ JULES | Dubos, René Jules (1901–1982) ialah ahli mikrobiologi Amerika-Perancis. Dia merintis kemajuan dalam penggunaan antibiotik, sejenis dadah. | UMUM | |
MENNINGER | Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa mereka, Charles Frederick Menninger (1862–1953), mereka menubuhkan Klinik Menninger dan Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang yang menghadapi masalah gangguan mental dan fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai kesihatan mental yang lain, serta menjalankan kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan kelakuan manusia. | UMUM | |