Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.ku.ri] | مرکوري

Definisi : (Kim) sj unsur logam berwarna perak, berbentuk cair, dan biasanya digunakan utk membuat amalgam, katod, dll, raksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.ku.ri] | مرکوري

Definisi : ist logam yg biasanya dlm bentuk cecair berwarna perak (digunakan dlm jangka suhu dll); raksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merkuri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERKURI

Merkuri atau juga dikenali sebagai raksa ialah

unsur kimia dengan simbol Hg. Ia adalah sejenis

logam berwarna perak, dan tidak seperti logam

lain, merkuri pada suhu bilik adalah cecair.

Merkuri boleh mengalir dengan cepat dan

mudah, hinggakan ia kadangkala dikenali sebagai

perakpantas. Tiada siapa yang tahu siapa yang

menemui merkuri, tetapi orang Cina, Mesir,

Yunani, India dan Rom purba telah mengetahui

tentang logam ini. Ia dinamakan sempena nama

pengutus pantas dewa dalam mitos Rom.

UMUM 
AMALGAM

Amalgam ialah aloi merkuri dan logam lain.

Doktor gigi menggunakan perak dan amalgam

berasaskan logam lain apabila menampal lubang

pada gigi. Amalgam ini, mulanya lembut, berubah

menjadi tampalan yang keras dan tahan lama.

UMUM 
MERKUROKROM

Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air.

Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom

adalah satu daripada antiseptik yang dikenali

sebagai merkurial organik yang mengandungi

merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar

berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini

berwarna merah pekat. Formula kimia

merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan

merkurokrom biasanya tidak terbakar atau

merengsakan apabila disapu pada luka.

Lihat juga Antiseptik.

UMUM 
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
RABU

Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu.

Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut

Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya

daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam

mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era

Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden.

Kemudian, nama tersebut ditukar kepada

Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat

dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury),

yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu.

Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa

Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies

Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin

masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa

Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi .

Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu

hari keempat dalam seminggu.

UMUM 
SIRI GERAK ELEKTRIK

Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri

elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam

dan hidrogen berhubung dengan

kecenderungannya untuk kehilangan elektron

semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih

mudah kehilangan elektron daripada hidrogen

disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini.

Logam yang kurang mudah kehilangan elektron

daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam

senarai siri yang berikut adalah tertib yang

sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri

gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium,

magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah,

plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak,

platinum, emas.

UMUM 

Kembali ke atas