MERPATI PULANG | Merpati pulang ialah merpati baka khas yang dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh. Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan bagi melalui pembiakan baka yang terpilih. | UMUM | |
MERPATI | Merpati adalah mana-mana burung dalam famili merpati dan merbuk. Anggota yang besar dalam famili ini biasanya dikenali sebagai merpati dan anggota yang kecil dikenali sebagai merbuk. Dalam rencana ini, istilah merpati merujuk kepada kedua-dua jenis merpati dan merbuk. | UMUM | |
PERLUMBAAN MERPATI | Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang menguji kelajuan burung merpati rumah terbang untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati yang mengambil bahagian berlumba terbang pada jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600 kilometer. | UMUM | |
MERPATI PEMBAWA UTUSAN | Merpati pembawa utusan ialah burung yang asalnya dibiakkan bakanya daripada merpati yang digunakan untuk membawa utusan dari satu tempat ke tempat lain. Walau bagaimanapun, bertahun-tahun lamanya merpati ini telah kehilangan naluri pulang ke sarangnya. Kini ia dipelihara sebagai burung pertunjukan. Merpati pembawa utusan ini berwarna biru, hitam, putih, perang kekelabuan, atau kuning. Ia lebih besar daripada merpatimerpati lain, dan ia tegak. Burung ini mempunyai sayap dan kaki yang kuat. Ia mempunyai ketumbuhan yang besar, berisi di sekeliling matanya yang besar,dan berwarna kuning pada paruhnya. Ketumbuhan ini mungkin meliputi hidung merpati tua. | UMUM | |
MERPATI PERANTAU | Merpati perantau ialah burung yang telah pupus yang dahulunya banyak terdapat di timur Amerika Utara. Merpati perantau yang terakhir diketahui mati pada tahun 1914 di Taman Zoologi Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bangkainya kini dipamerkan di National Museum of Natural History (Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Kebangsaan) di Washington, D.C. | UMUM | |
HIKAYAT DATUK MERPATI | | SASTERA | Karya |
MERPATI PUTIH TERBANG LAGI | MERPATI PUTIH TERBANG LAGI, NOVEL KARYA Khadijah Hashim. Novel ini dicetak pada tahun 1972 (cetakan pertama) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka anjuran kerajaan Malaysia pada tahun 1967. | SASTERA | Karya |
MERBUK | Merbuk ialah nama bagi anggota yang kecil dalam famili burung merpati dan merbuk. Burung merbuk tinggal di kawasan sederhana dan tropika di seluruh dunia. | UMUM | |
DODO | Dodo ialah burung yang tidak boleh terbang yang telah pupus, yang berkaitan dengan burung merpati. Burung Dodo kira-kira sebesar ayam belanda besar. | UMUM | |
SEMIRAMIS | Semiramis ialah ratu mitos Assyria. Dia dianggap pengasas bandar purba Babylon dan menakluki Parsi (kini Iran) dan Mesir. Dia ialah anak perempuan kepada seorang pemuda Syria dan dewi ikan. Ibunya meninggalkannya dan dia telah diberi makan oleh merpati. Apabila dewasa, Semiramis menjadi wanita yang cantik dan berkahwin dengan Raja Ninus, raja Assyria. Dia menjadi ratu setelah kematian suaminya, dan memenangi banyak peperangan. Namun begitu, anaknya telah menggulingkannya. Herodotus pernah mengatakan bahawa Semiramis menjadi permaisuri Babylon pada tahun 700 S.M. | UMUM | |