ANWAR IBRAHIM | Timbalan Perdana Menteri (1993-1998). Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell. Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SALLEH AL-MASRI | SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban. Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama. Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya. Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia. Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZULKIFLI OWNIE | ZULKIFLI OWNIE (1919- ), ahli politik kiri. Dia lahir di Bekor, Kuala Kangsar, Perak. Zulkifli lulus Darjah Lima dari Sekolah Melayu Bekor. Kemudian dia belajar di Madrasah al-Masriyah Bukit Mertajam, seberang Perai dan melanjutkan pelajaran ke Medan, Sumatera selama empat tahun. Dia kembali ke tanah air pada tahun 1940. Sewaktu menuntut di Indonesia,Zulkifli terdedah kepada politik anti penjajah khususnya politik perjuangan untuk memerdekakan Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
FATIMAH HAMID DON, DATO' | FATIMAH HAMID DON, Dato’ (1933 - ), pendidik dan pakar pengajian kurikulum. Dia lahir pada 10 Julai 1933 di Batu Gajah, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Agama di Ipoh, Perak dan di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura, dan mendapat ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (1956). Dia mendapat Diploma Phonetics and Linguistics dari university of London. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUHD. DAUD BAHARUM | MUHD. DAUD BAHARUM (1938- ), penulis dan penyusun kamus. Dia lahir pada 8 Mac 1938 di Serdang, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya hingga Darjah Lima, manakala pengajian menengahnya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam hingga Darjah Sembilan. | BAHASA | Tokoh |