Merton, Robert King (1910–2003), ahli sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan kuantitatif (statistik). Dalam bukunya Science, Technology and Society in Seventeenth Century England (1938), Merton membincangkan sumbangan kekuatan budaya, ekonomi dan sosial kepada perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan bahawa ramai reformis Protestan, termasuk golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung telah menolong sains moden dengan menggalakkan orang membuat kajian terhadap alam tabii. |