Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALIRAN BERSIHKaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf kese­imbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenserKEJURUTERAANKonsep

Kembali ke atas