PERKAKAS MESIN | Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini boleh membengkokkan, memotong, menggerudi, mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin yang lebih canggih membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan peranan penting dalam pembuatan hampir semua produk logam, antaranya ialah bahagian basikal, kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil, juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan menggunakan perkakas mesin. | UMUM | |
MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |
MESIN TAIP | Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin taip untuk menulis dengan pantas dan kemas. Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas penggunaannya. | UMUM | |
MESIN PEMBANTING | Mesin pembanting ialah mesin yang digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya. Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina mesin pembanting praktikal yang pertama pada tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu, kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting membolehkan petani memproses bijian dengan lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin telah menggantikan kebanyakan mesin pembanting (lihat Mesin penuai kombin). | UMUM | |
MESIN BUSAR KAPAS | Mesin busar kapas ialah mesin untuk membuang biji dari serat kapas. Ramai orang percaya bahawa pereka Amerika, Eli Whitney telah menghasilkan mesin busar kapas yang pertama. Walau bagaimanapun, mesin busar kapas yang ringkas mula digunakan di India pada zaman dahulu. Satu versi mesin busar kapas ini, iaitu mesin busar penggelek , telah tiba di Koloni Amerika menjelang tahun 1740-an. Pada tahun 1793, Whitney mereka cipta cara yang lebih cepat, lebih jimat untuk mengasingkan biji kapas dari seratnya. Mesin busar kapasnya membantu menjadikan kapas | UMUM | |
MESIN PINTAL | Mesin pintal ialah mesin untuk memintal yarn. Seperti roda pintal, mesin ini juga dapat digerakkan dengan injakan kaki atau dengan tangan. Tetapi mesin pintal ini boleh memintal lebih daripada satu yarn pada satu-satu masa. Idea untuk memintal yarn secara berganda ini telah pun difikirkan oleh James Hargreaves, penenun Inggeris pada tahun 1764. Dia ternampak bahawa spindel yang tegak dalam roda pintal yang telah diterbalikkan akan terus berpusing. Pada tahun 1770, dia mempatenkan mesin yang berkeupayaan memintal 16 yarn pada satu-satu masa. | UMUM | |
MESIN PENUAI KOMBIN | Mesin penuai kombin ialah mesin ladang yang memotong dan membanting bijian atau tanaman lain dalam satu operasi. Sesetengah mesin adalah besar dan berkuasa sendiri. Yang lain adalah lebih kecil yang ditarik oleh traktor. Mesin penuai kombin yang besar memotong baris tanaman yang lebih lebar daripada enam meter. Mesin yang kecil memotong baris tanaman sehingga kira-kira dua meter lebarnya. Mesin yang mempunyai alat tambahan khas boleh memungut dan membuang kulit jagung, kacang soya, dan tanaman lain. | UMUM | |
MESIN PERENCANA | Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula, dalam bentuk bertaip. Mesin perencana menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan mudah dalam perjalanan perniagaan. Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon terbina dalam atau mikrofon berasingan yang dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk memainkan semula rencana, seorang jurutaip meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan unit berasingan. | UMUM | |
MESIN PEMERUSUAN | Mesin pemerusuan atau mesin pemerah susu ialah alat untuk memerah susu lembu. Kebanyakan ladang tenusu memerah susu lembu dengan mesin ini, dan tidak dengan tangan. Mesin ini mengurangkan kos, kerana ia mengurangkan jumlah pekerja yang diperlukan untuk memerah susu. Ia juga menjadikan susu sentiasa bersih. | UMUM | |
MESIN PENGETAM | Mesin pengetam ialah mesin yang pernah digunakan oleh peladang untuk menuai bijian. Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih banyak hasil tanaman. | UMUM | |