MESINGAN | Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter. Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai senjata berat dan biasanya mempunyai penahan. | UMUM | |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |
PISTOL | Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau penopang tembakan. | UMUM | |
PESAWAT PENGEBOM | Pesawat pengebom ialah kapal terbang tentera yang menyerang sasaran di darat dan di laut. Pesawat pengebom membawa bom, peluru berpandu, roket, mesingan, dan meriam. Tentera udara bagi hampir semua negara mempunyai pesawat pengebom, dan sesetengah perkhidmatan tentera laut dan marin juga mempunyai pesawat pengebom. | UMUM | |
KARTRIJ | Kartrij ialah kelongsong logam atau kertas yang mengandungi cas letupan dan peluru atau cas untuk letupan. Kartrij yang digunakan bagi senapang dan mesingan ialah silinder loyang dengan tudung tukulan di bahagian bawahnya. | UMUM | |
MAGAZIN | Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak peluru untuk senapang yang boleh menembak secara berulang-ulang, atau mesingan juga dinamakan magazin. | UMUM | |
ASKAR PAYUNG TERJUN | Askar payung terjun merupakan askar yang dilatih bagi melakukan serangan dari udara. Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat dengan menggunakan payung terjun, atau diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun akan mendarat di belakang barisan musuh, meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan. Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam pertempuran ganas secara berhadapan. Askar payung terjun membawa pek peralatan yang berat, termasuk rifel automatik, mesingan, grenad, peti perubatan dan peralatan radio. | UMUM | |