Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH

HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH, peraduan menulis novel. Peraduan ini merupakan salah satu kegiatan GAPENA menerusi pertandingan menulis novel selepas sayembara menulis novel ESSO-GAPENA. Ia dilancarkan pada hari Ahad, 5 Mac 1978, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Setiap para peserta diberi tempoh satu tahun bagi menyerahkan manuskrip yang telah disiapkan. Ini bermakna tarikh akhir bagi menyerahkan naskhah ialah pada 5 Mac 1979, genap satu tahun selepas pelancarannya. Keputusan diumumkan sekitar bulan Ogos 1979 sempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-8.

SASTERAAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas