RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
REIMS | Reims (pend. 185 164; pend. kaw. met. 206 362) ialah kota berkubu di utara Perancis. Ia terletak di Sungai Vesle kira-kira 158 kilometer di timur laut Paris. Bagi mengetahui kedudukannya, lihat Perancis (peta politik). Keindahan Reims tertumpu pada katedralnya yang mula dibina pada tahun 1200-an dan siap pada tahun 1430. Tinggi katedral ini melebihi kawasan perumahan sekitarnya. | UMUM | |
ROTTERDAM | Rotterdam (pend. 558 832; pend. kaw. met. 1 025 580) ialah bandar kedua terbesar di Belanda selepas Amsterdam. Rotterdam adalah satu daripada pelabuhan laut yang paling sibuk di dunia. Bandar ini terletak di kedua-dua tebing Sungai Nieuwe Maas, kira-kira 31 kilometer dari timur Laut Utara (lihat Belanda [peta]). | UMUM | |
REYKJAVÍK | Reykjavík (pend. 99 623; pend. kaw. met. 145 098) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Iceland. | UMUM | |
RENO | Reno (pend. 133 850; pend. kaw. met. 254 667) ialah pusat pelancongan utama bagi pelancongan dan bandar kedua terbesar di Nevada, Amerika Syarikat. Hanya Las Vegas mempunyai penduduk yang lebih ramai daripadanya. Reno terletak di Sungai Truckee di barat Nevada di kaki Pergunungan Sierra Nevada. | UMUM | |
OMAHA | Omaha (pend. 335 795; pend. kaw. met. 535 634) ialah bandar yang terbesar di Nebraska. Ia merupakan salah satu daripada pasaran lembu dan pusat memproses daging yang terkemuka di dunia. | UMUM | |
ORLÉANS | Orléans (pend. 107 965; pend. kaw. met. 243 153) ialah pusat perdagangan yang penting di bahagian utara tengah Perancis. Orléans terletak di sepanjang Sungai Loire. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta politik). | UMUM | |
NASHVILLE | Nashville (pend. 510 784; pend. kaw. met. 985 026) ialah ibu negeri dan bandar kedua terbesar di Tennessee, Amerika Syarikat. Nashville biasa dikenali sebagai Athens Selatan disebabkan ia mempunyai banyak institusi pendidikan dan bangunan gaya Yunani klasik. Nashville juga dikenali sebagai Bandar Muzik, Amerika Syarikat disebabkan ia menjadi pusat muzik rakyat. Lebih daripada 180 buah syarikat rakaman, 23 buah studio rakaman, dan lebih kurang 450 syarikat yang menerbitkan lagu beroperasi di bandar ini. | UMUM | |
NICE | Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar, hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman. Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan moden di bahagian barat. Pergunungan Alps melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan pelancong datang pada musim cuti musim sejuk antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat Mardi Gras ). | UMUM | |
NEWARK | Newark (pend. 275 221; pend. kaw. met. 1 824 321) ialah bandar raya terbesar di New Jersey , Amerika Syarikat dan salah satu pusat pembuatan dan pengangkutan yang utama. Newark terletak di Teluk Newark di muara Sungai Passaic , lebih kurang 16 kilometer di barat New York City . | UMUM | |