METEOROLOGI | Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga mengukur bahan kimia di atmosfera seperti karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi iklim. Dengan menganalisis data tentang atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal keadaan cuaca. | UMUM | |
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA | Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA | Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk meramal cuaca. Program ini terdiri daripada beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia, satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh dunia. | UMUM | |
SYMONS, GEORGE JAMES | Symons, George James (1838–1900), ahli meteorologi British yang memulakan pengumpulan statistik hujan pada tahun 1860. Penyelidikannya menyediakan data kepada jurutera yang terlibat dalam pembinaan kerja bekalan air dan kerja pembetungan. Symons lahir di London dan mendapat pendidikan di Royal School of Mines. Dia menjadi Setiausaha Royal Meteorological Society selama 23 tahun dan dua kali menjadi presidennya. | UMUM | |
SENECA, LUCIUS ANNAEUS | Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. | UMUM | |
PERTUBUHAN METEREOLOGI SEDUNIA | agensi khas yang ditubuhkan pada tahun 1950 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji meteorologi (cuaca dan iklim), pengoperasian hidrologi dan sains geofizik yang berkaitan. | FIZIK | Institusi/Organisasi |
SAINS BUMI | Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat luas yang menggabungkan banyak bidang pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi, meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal. | UMUM | |