REKA BENTUK | Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk memainkan peranan yang penting dalam semua seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri. Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk asas yang digunakan dalam seni tampak. | UMUM | |
OPARIN, ALEXANDER IVANOVICH | Oparin, Alexander Ivanovich (1894–1980) ialah ahli biokimia Soviet. Dia mewujudkan teori yang menjelaskan bagaimana hidupan di bumi berasal daripada bahan kimia. Ideanya menjadi asas bagi banyak teori saintifik moden tentang asal usul hidupan. Oparin juga menjalankan banyak penyelidikan tentang biokimia mengubah tanaman pertanian mentah menjadi keluaran seperti roti, gula, teh, tembakau, dan wain. | UMUM | |
ROOT, ELIHU | Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika di bawah Presiden Theodore Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun. Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai menghargai sumbangannya terhadap keamanan dunia. | UMUM | |
EMPANGAN KEKOTAK | Empangan kekotak ialah lingkungan bertembok sementara yang digunakan dalam pembinaan. Ia mewujudkan suatu ruang yang melindungi pekerja dan tapak penggalian daripada air dan keruntuhan | UMUM | |
RICARDO, DAVID | Ricardo, David (1772–1823) ialah ahli ekonomi British yang terkemuka pada awal tahun 1800-an. Dia membantu mewujudkan teori-teori ekonomi klasik , yang menekankan kepada kebebasan ekonomi melalui kebebasan perdagangan dan kebebasan persaingan. | UMUM | |
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
ABERCROMBY, RALPH | Abercromby, Ralph (1842–1897) ialah ahli kaji cuaca British. Bersama-sama seorang ahli sains Sweden, dia mewujudkan pengelasan awan yang diterima pakai oleh persidangan antarabangsa mengenai struktur awan pada tahun 1896. Abercromby juga mengelaskan cuaca kepada empat jenis – arah Selatan, arah Barat, arah Utara dan arah Timur. Setiap pengelasan ini berkaitan dengan ciri-ciri cuaca di Kepulauan Britain (British). | UMUM | |
ASHTON, SIR FREDERICK | Ashton, Sir Frederick (1904–1988) ialah koreografer (penggubah tarian). Tariannya yang lemah lembut lagi halus menolong mewujudkan gaya Inggeris sekarang ini pada balet klasik. | UMUM | |
MACDONALD, SIR JOHN ALEXANDER | Macdonald, Sir John Alexander (1815–1891) ialah perdana menteri pertama Dominion Kanada. Dia memainkan peranan utama dalam mewujudkan dominion itu pada tahun 1867. Macdonald berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1867 hingga tahun 1873 dan dari tahun 1878 sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1891. | UMUM | |
TERARIUM | Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium mewujudkan persekitaran sehampir mungkin dengan persekitaran atau habitat semula jadi. Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan lembapan. Perkataan terarium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “bumi”. | UMUM | |