PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
PEMBERONTAKAN BRUNEI | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMBERONTAKAN Brunei, peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB). PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi. Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
DATUK BENTARA LUAR | DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |