Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.bio.lo.gi] | ميکروبيولوݢي

Definisi : cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang organisma seni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.bio.lo.gi] | ميکروبيولوݢي

Definisi : cabang biologi yg berkaitan dgn kajian ttg organisma seni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikrobiologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKROBIOLOGI

Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma

mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali

mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk,

protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga

mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion,

viroid dan juga plasmid.

UMUM 
BIOREMEDIProses merawat sisa buangan dengan menggunakan kaedah biologi, seperti secara mikrobiologi, biokimia dan biologi molekul.KEJURUTERAANKonsep
DUBOS, RENÉ JULES

Dubos, René Jules (1901–1982) ialah ahli

mikrobiologi Amerika-Perancis. Dia merintis

kemajuan dalam penggunaan antibiotik, sejenis

dadah.

UMUM 
STREPTOMISIN

Streptomisin ialah antibiotik yang melawan

bakteria tertentu yang menyebabkan penyakit. Ia

dihasilkan oleh Streptomisis griseus, iaitu sejenis

mikrob yang hidup di dalam tanah. Streptomisin

adalah salah satu antibiotik pertama yang ditemui.

Ahli mikrobiologi Amerika, Selman A.Waksman

menemui streptomisin pada tahun 1943.

Penemuannya dihasilkan daripada ujian terhadap

lebih kurang 10 000 mikrob tanah untuk mengesan

aktiviti antibiotik. Streptomisin ialah salah satu

daripada aminoglikosida, iaitu sekumpulan

antibiotik yang sama dari segi kimia yang turut

merangkumi gentamisin dan neomisin.

UMUM 

Kembali ke atas