Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.fon] | ميکروفون

Definisi : alat utk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang elektrik bagi meninggikan tekanan bunyi spt dlm telefon, radio, dll, pembesar suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.fon] | ميکروفون

Definisi : corong alat pembesar suara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikrofon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKROFON

Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar

bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini

bergerak dengan segera melalui wayar atau

gelombang radio kepada penerima yang

disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat

lain yang menukarkannya semula kepada bunyi.

Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga

digunakan untuk merakam bunyi.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 

Kembali ke atas