Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau  penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan  atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang  terpenting kemungkinannya ialah komunikasi  peribadi, yang berlaku apabila seseorang  menyampaikan fikiran dan keinginan mereka  kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui  banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan  mengerakkan tangan, malah dengan membuat  mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon  dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi  peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak  mereka. Guru tidak dapat membantu murid  mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang  bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi  ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar  sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia  berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.  |