MIN MIN | Min min ialah nama yang diberi oleh Orang Asli Australia kepada ‘will-o-the wisp’ yang ditemui di kawasan pedalaman Australia – satu cahaya aneh yang kadangkala terkatung-katung di udara di kawasan tanah paya. | UMUM | |
MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |
Waktu Min Greenwich | Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
CHANG MIN TAT, TAN SRI DATUK | Chang Min Tat, Tan Sri Datuk (1916 - 2007), bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau dilahirkan di Ipoh pada bulan April 1916 dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. | UNDANG-UNDANG | Tokoh |
ARAS LAUT | Aras laut ialah aras permukaan lautan. Ia sentiasa berubah disebabkan air pasang dan berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Min aras laut ialah purata aras laut diukur pada suatu jangka masa yang panjang. Ahli geografi menggunakan min aras laut sebagai aras permulaan untuk mengukur ketinggian atau kedalaman permukaan bumi. Sebagai contoh, Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran Himalaya mempunyai ketinggian 8848 meter di atas aras laut. Death Valley di California terletak 86 meter di bawah aras laut. | UMUM | |
PURATA | Purata ialah bilangan yang lazim bagi kumpulan angka atau kuantiti. Orang ramai biasanya memikirkan purata sebagai min . | UMUM | |
NAFH AL-TIB | Nafh al-Tib. Buku ini adalah antara hasil karya yang diterbitkan oleh Perpustakaan al-Andalusiyyah. Nama penuh buku ini ialah Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din ibn al-Khatib. Pengarangnya Abu al-‘Abbas, Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Maqqariy al-Tilmisaniy yang juga digelar dengan nama Shihab al-Din. Kitab Nafh al-Tib menjadi tanda pengenalan kepada pengarangnya, begitu juga pengarangnya menjadi tanda pengenalan kepada kitab ini. Oleh itu, ramai yang mengenalinya hanya dengan kata-kata: “Nafh al-Tib oleh al-Maqqariy”. Ungkapan ini merupakan satu ikatan antara pengarang dengan kitabnya. Ia mengembalikan ingatan kita kepada ketinggian hasil karya yang diterbitkan daripada Perpustakaan al- ‘Arabiyyah sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibn ‘Abd Rabbih dan kitabnya al-‘Aqad, Ibn Bassam dan kitabnya Zakhirah, Ibn Hazm dan kitabnya Tawq al- Hamamah serta para pengarang lain dari Perpustakaan al-Andalusiyyah. | UMUM | |
MAT ZIN MAT NIN | MAT ZIN MAT MIN (1885- ? ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British. Dia ialah salah seorang ketua bagi kumpulan di Telemong, Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAM'ANIY, AL- | Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al- Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal kerana telah banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bilangan gurunya melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al- Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka menurut susunan abjad. | UMUM | |
NASAFIY, ‘ABD AL-AZIZ AL- | Nasafiy, ‘Abd al-Aziz al- (?–563 H/?–1167 M), ahli Fiqh dan Usul Fiqh Mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘ Uthman ibn Ibrahim al-Nasafiy. Dia belajar ilmu Fiqh di Bukhara daripada Abu al-Mufakhar ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Umar dan juga daripada ulama-ulama lain. Dia meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan Abu Sa‘id al-Tuyuriy serta Raziq ibn Mu‘awiyah. Al- Nasafiy berhijrah ke Baghdad seterusnya menuju ke Khurasan dan Transoxiana. Dia dilantik sebagai kadi di Bukhara sepanjang hayatnya dan meninggal dunia ketika masih memegang jawatan tersebut. Dia menjadi pakar rujuk dalam memberi fatwa dan juga dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Al-Nasafiy mempunyai beberapa hasil penulisan, antaranya ialah: al-Munqidh min aldahlal fi Masa’il al-Jadal; al-Fusul fi al-Fatawa dan Kifayat al-Fuhul fi ‘Ilm al-Usul. | UMUM | |