MINDA | Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih belum mencapai persetujuan tentangnya. | UMUM | |
EGO | Ego ialah istilah yang digunakan dalam psikoanalisis untuk menerangkan salah satu daripada tiga bahagian minda. Dua bahagian lain ialah id, atau naluri, dan superego, atau hati nurani. | UMUM | |
SKIZOFRENIA | Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental teruk yang telah dicirikan sebagai gangguan fikiran yang tidak diduga. Perkataan skizofrenia bermakna perpecahan minda. Ia merujuk kepada ciri-ciri kelakuan skizofrenia seperti pengunduran daripada kebenaran dan berfikir secara tidak logik dan mengelirukan. Istilah ini tidak bermakna pesakit mempunyai lebih daripada satu personaliti. | UMUM | |
PERUBATAN PSIKOSOMATIK | Perubatan psikosomatik ialah penggunaan kaedah dan prinsip psikologi untuk merawat penyakit jasmani . Istilah ini diambil daripada perkataan Yunani psyche, yang bererti minda , dan soma yang bererti tubuh. | UMUM | |
AHLI SILAP MATA | Ahli silap mata ialah penghibur yang mempersembahkan muslihat yang kelihatan mustahil. Ahli silap mata mencabut wang kertas dari udara dan menukar sebiji oren menjadi tiga biji oren. Mereka membaca minda orang dan mengeluarkan berbalang-balang ikan emas dari sehelai skarf. Malah mereka juga menghilangkan seseorang daripada pandangan. | UMUM | |
SENI HALUS | Seni halus berkaitan dengan membuat objek- objek cantik, atau mengeluarkan, atau mempersembahkan karya yang menarik kepada cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan karya seni yang besar dapat mengembangkan minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan fikiran terbaik tokoh besar. | UMUM | |
SILLITOE, ALAN | Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan penulis drama British yang terkenal dengan novel pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning (1958) yang mengisahkan perihal kehidupan masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya, yang memberikan judul kepada buku ini, menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays (1978), The Rats and Other Poems (1960), The Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982). Saturday Night and Sunday Morning dan The Loneliness of the Long Distance Runner telah dijadikan filem dan diminati ramai. | UMUM | |
KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT | KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT, majalah yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini dicetak oleh Al-Islamiah Press di Singapura bagi keluaran pertamanya pada 17 September 1935, di bawah pimpinan Mohd. Ali Abduh. Majalah ini diterbitkan secara bulanan pada tiap-tiap pertengahan bulan setebal 28 halaman dan berukuran 26 cm x 38 cm. Majalah ini memuatkan penulisan rencana dan sastera yang bersifat keagamaan. Tulisan yang termuat dalam majalah ini berusaha memupuk dan membentuk minda masyarakat Melayu supaya lebih berorientasi keagamaan, di samping mempertingkatkan nilai moral dan takwa mereka. | SASTERA | Penerbitan |
BORGES, JORGE LUIS | Borges, Jorge Luis (1899–1986) ialah penulis Argentina. Dia menjadi masyhur di peringkat antarabangsa kerana cerekanya yang baik, yang terdiri daripada cerpen yang mengandungi banyak ciri esei. Pencapaiannya yang utama ialah keindahan kompleks bahasa kesusasteraannya, kebolehannya mengubah topik falsafah menjadi kesusasteraan, dan wawasannya tentang organisasi minda. | UMUM | |