Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ne.ral] | مينرل

Definisi : 1. bahan pepejal berhablur spt kuarza, arang batu, uranium, dsb, yg terdapat secara semula jadi dlm kerak bumi dan batuan, bahan galian; 2. unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti sedikit utk menjalankan metabolisme badan: tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tum-besaran dan kehidupan yg sihat; bawang putih juga mengandungi dua ~ pelindung, iaitu selenium dan germanium, yg baik utk kesihatan tubuh manusia; memineralkan menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.ne.ral] | مينرل

Definisi : 1 bahan semula jadi yg diperoleh dr bumi dgn cara digali atau dilombong; bahan galian: Contoh ~ ialah arang batu dan besi. 2 unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti yg sedikit utk menjalankan metabolisme badan: Tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tumbesaran dan kehidupan yg sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mineral


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINERAL

Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim

ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi

semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang

terdiri daripada mineral. Semua batuan yang

terdapat di atas muka bumi juga mengandungi

mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral

halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga

ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah,

dan Marikh.

UMUM 
AIR MINERAL

 Air mineral yang juga dikenali air terudara atau

air galian ialah mata air yang mengandungi jirim

mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral

termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia,

besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim

lain, termasuk juga bahan radioaktif.

UMUM 
MINYAK MINERAL

Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak

berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa

atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair,

petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan

minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan

dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap

dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair

(pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai

pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak

mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang

diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C

hingga 399C.

UMUM 
PROSES PENGAPUNGAN

Proses pengapungan digunakan untuk

memisahkan mineral yang berharga daripada satu

sama lain atau daripada mineral lain yang

bercampur dengannya. Melalui proses ini, bahan

yang mengandungi mineral pada mulanya

dihancurkan dan dikisar menjadi serbuk. Ia

kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki yang

dinamakan sel pengapungan yang mengandungi air

dan bahan kimia tertentu yang dinamakan reagen

pengapungan . Bahan kimia ini membentuk lapisan

penolak air di sekeliling zarah satu daripada

mineral, tetapi tidak di sekeliling mineral yang lain.

UMUM 
LILIN MINERAL

Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada

petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras

minyak petroleum dan kemudian menggunakan

pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin

daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum:

(1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3)

petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna,

kekerasan, dan takat leburnya.

UMUM 
METAMORFISME

Metamorfisme ialah rangkaian proses yang

mengubah bentuk batuan. Semasa metamorfisme,

saiz, bentuk dan susunan mineral dalam batuan

diubah suai. Hasilnya, mineral baru mungkin

terbentuk atau mineral yang ada mungkin

bertambah saiznya.

UMUM 
AZURIT

Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum.

Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia

dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia

biasanya dijumpai bercampur dengan mineral

kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit .

Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum

yang tidak penting di peringkat awal kerja

melombong kuprum, azurit digunakan

terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru

azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber

utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia.

tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang

dari Chessy, Perancis.

Lihat juga Mineral (gambar: Azurit).

UMUM 
PERLOMBONGAN

Perlombongan ialah proses mengeluarkan

mineral dan bahan-bahan lain dari dalam bumi.

Bahan ini termasuk sebatian logam, bukan mineral

seperti batu arang, pasir, minyak, gas asli, dan

banyak bahan lain yang berguna.

UMUM 
OLIVIN

Olivin ialah mana-mana kumpulan bahan mineral

pembentuk batuan yang biasa yang mengandungi

silikon, oksigen, magnesium, dan besi. Olivin

terjadi terutamanya dalam batu igneus gelap,

biasanya sebagai timbunan hablur halus atau

hablur yang tertanam. Umumnya mineral ini

merupakan salah satu mineral pertama yang

terhablur daripada magma berwarna gelap (bahan

batuan yang telah cair).

UMUM 
SERPENTIN

Serpentin ialah mineral yang mempunyai

komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua

bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang

berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar.

Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan

pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan

seperti marmar. Serpentin demikian digunakan

sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik

hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis

serpentin berserat ialah jenis asbestos yang

paling penting. Krisotil dilombong di Kanada,

Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas