Strzelecki, Sir Paul Edmund de (1797–1873), ialah penjelajah dan ahli sains Poland, yang mendaki dan menamakan Gunung Kosciusko, puncak tertinggi di Alps Australia, pada tahun 1840. Dia berminat dalam bidang geologi dan mineralogi. Strzelecki meneroka sebahagian besar New South Wales serta Pulau Tasmania. Pada tahun 1839, dia menemui sedikit logam emas berdekatan Hartley dan Wellington, di New South Wales. Dia menyatakan bahawa kawasan Bathurst mengandungi emas dalam jumlah yang banyak. Pada tahun 1840, dia pergi dari Gunung Kosciusko melalui Gippsland ke West Port, dan Melbourne. Laluan yang sukar membuatkannya meninggalkan kuda dan sebilangan contoh-contoh geologi. Strzelecki lahir berhampiran dengan tempat yang kini dikenali Poznan´, di Poland. Dia mendapat pendidikan di Warsaw, dan menganggotai angkatan tentera Prussia. Dia sampai di Australia pada tahun 1839, tetapi menetap di Britain pada tahun 1843. |