KUMPULAN MINORITI | Kumpulan minoriti ialah sekumpulan orang yang berbeza dalam beberapa keadaan daripada kumpulan utama dalam masyarakat. Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza daripada kumpulan utama yang juga dikenali sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan, penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar daripada kumpulan minoriti. Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan mendiskriminasi kumpulan minoriti – melayan mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota kumpulan minoriti memiliki peluang politik, ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding anggota kumpulan dominan. | UMUM | |
SYARIKAT PEMEGANGAN | Syarikat pemegangan ialah mana-mana syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan. Syarikat yang di bawah kawalan syarikat pemegangan disebut syarikat subsidiari. | UMUM | |
ALEXANDER III | Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I, menyokong seorang antipaus yang bernama Victor IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal. Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus menyebabkan perpecahan antara golongan paus yang membawa kepada terpilihnya tempat golongan antipaus di sepanjang pemerintahan Alexander. | UMUM | |
KU KLUX KLAN | Ku Klux Klan ialah kumpulan kongsi gelap orang kulit putih yang menentang sebarang kemajuan orang kulit hitam, Yahudi, dan golongan minoriti yang lain. Ku Klux Klan, juga dikenali sebagai KKK atau Klan sahaja, aktif di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia kerap menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuannya. | UMUM | |
MURUT | MURUT, nama peribumi minoriti di Sabah, di Bahagian Kelima Sarawak dan di Kalimantan Indonesia. Perkataan Murut berasal dari Gunung Murut di Sarawak kerana pada keseluruhannya orang Murut tinggal di gunung tersebut. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
PERWAKILAN BERKADAR | Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . | UMUM | |
SMITH, IAN DOUGLAS | Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978. Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom (UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan segelintir minoriti kulit putih untuk terus memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa restu United Kingdom. | UMUM | |
MUGABE, ROBERT GABRIEL | Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia) pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)). Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang untuk menamatkan pemerintahan minoriti orang kulit putih. Hampir keseluruhan penduduk Zimbabwe adalah orang kulit hitam, tetapi orang kulit putih menguasai kerajaan dari tahun 1890 hingga tahun 1979. Lihat Zimbabwe (Sejarah). | UMUM | |
PENAN | PENAN, suku kaum yang merupakan satu minoriti etnik di negeri Sarawak. Mereka adalah antara suku kaum yang paling awal menduduki Pulau Borneo. Kini, suku kaum Penan mendiami di kawasan pedalaman daerah Belaga, Bintulu, Baram, Miri dan Limbang dengan jumlah penduduk lebih kurang 10, 000 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MELAYU DI THAILAND TENGAH | MELAYU DI THAILAND TENGAH, kelompok minoriti keturunan Melayu yang mendiami kawasan tengah negara Thailand, iaitu di Ayuthia, Bangkok-Thonburi dan juga sekitarnya. Mereka adalah warganegara Thailand dan dikenal sebagai salah satu golongan Muslim Thai. Kebanyakan mereka khususnya generasi muda tidak boleh lagi bertutur bahasa Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |