Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum 1. meneguk atau mene­lan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id meng­hisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.num] | مينوم

Definisi : = meminum meneguk sesuatu yg cair spt air, susu. meminumkan 1 menuang sesuatu ke dlm mulut orang lain supaya diminum: Ia ~ ubat kpd ayahnya yg sedang sakit. 2 menyuruh atau memberi minum: ~ lembu. terminum 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum. minuman benda cair yg boleh diminum. ~ keras minuman yg memabukkan. peminum orang yg gemar meminum minuman keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Minum kopi taruh susu,
     Kurang manis taruh gula;
Kalau ikut hawa nafsu,
     Kalau tak mati separuh gila.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM 
MULUT

Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk

menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut

membantu kita minum dan mengambil makanan. Di

dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris

yang satu lagi, untuk mengunyah dan

menghancurkan makanan hingga lumat supaya

boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di

dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur,

yang bercampur dengan makanan yang dikunyah.

Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan

makanan kering dan membantu penghadaman gula.

Lihat Air liur.

UMUM 
DECATUR, STEPHEN

Decatur, Stephen (1779–1820) ialah pegawai

yang amat berani dalam Tentera Laut Amerika

Syarikat semasa pembentukan awalnya. Dia diingati

kerana minum ucap selamatnya: Negara kita: Dalam

hubungannya dengan negara luar semoga negara

kita sentiasa benar; akan tetapi negara kita juga,

benar atau salah.”

UMUM 
KETAKHADAMAN

Ketakhadaman ialah ketakselesaan di dada atau

abdomen yang paling biasa berlaku selepas makan

atau minum terlalu banyak.

UMUM 
DARWISY, AL-

Darwisy, al- ialah perkataan yang berasal

daripada bahasa Parsi yang bermaksud peminta

sedekah atau pengemis. Bagi orang sufi, perkataan

ini bermaksud orang yang zuhud. Orang yang

bergelar al-Darwisy ini hidup susah dari segi

makan, minum atau pakaiannya.

UMUM 
TANTALUS

Tantalus ialah raja Lydia dalam mitos Yunani.

Baginda adalah putera kepada Zeus dan dewi Pluto.

Tantalus dihukum kerana membunuh puteranya

Pelops dan mempersembahkannya kepada dewa-dewa

sebagai makanan. Pelops kemudiannya telah

dihidupkan semula. Di Hades, dunia orang yang

telah mati, Tantalus dipaksa berdiri di bawah batu-batu

yang bergantungan dengan dirinya terendam

di dalam air hingga ke paras dagunya. Apabila

baginda cuba minum, air itu akan hilang. Terdapat

buah-buahan bergantungan dari dahan yang berada

di atasnya. Tetapi apabila baginda cuba

memakannya, angin kuat akan meniup dahan itu

hingga baginda tidak dapat mencapainya. Dalam

bahasa Inggeris, perkataan tantalize yang bermakna

mengusik atau menyeksa, diambil daripada nama

Tantalus.

UMUM 
PERAYAAN UMAT ISLAM

Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,

iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan

ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah

solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir

dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih

(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan

takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu

Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti

makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,

kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam

Islam.

UMUM 
TARIAN HUJAN

Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh

Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya

Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat

supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka.

Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan

diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling

sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan

tarian ini pada musim bunga ketika musim

menanam dan pada musim panas ketika tanaman

sedang membesar. Setiap suku mempunyai

upacara tersendiri untuk memanggil hujan.

Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli

Papago, menyanyi dan menari serta minum wain

yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku

Hopi pula menari sambil menggonggong ular

orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka

agar menurunkan hujan.

UMUM 
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan

Kembali ke atas