Yis ialah bahan hidup yang dimasukkan ke dalam
doh untuk menjadikannya naik. Ia juga digunakan
dalam pengeluaran bir, wain dan lain-lain
minuman keras. Yis yang digunakan secara
komersial terdiri daripada organisma halus bersel
tunggal. Terdapat lebih daripada 600 spesies yis,
tetapi hanya beberapa yang digunakan secara
komersial.
Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,
berperisa, yang disediakan dengan air bergas.
Minuman ini dinamakan ringan untuk
membezakannya daripada minuman keras
(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan
sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah
minuman ringan yang paling banyak digunakan.
Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,
anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di
banyak negara di dunia.
Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British
meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan
diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana
bagi menyokong tentera British yang berpangkalan
di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa
orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan
surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen
minuman keras, lesen undang-undang, bermain
terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan
penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan
mereka.
Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat
daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali
sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi
5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan
dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan
penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan
menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga
yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.
Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan
bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.
Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.
Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan
dengan perlanggaran undang-undang oleh
seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap
jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti
mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah
di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki
atau perempuan, seperti membeli minuman
keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah
delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan
golongan remaja yang bertentangan dengan
norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan
itu salah atau tidak di sisi undang-undang.
Thanks for clicking. That felt good.