Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
ASID FOSFORIK

Asid fosforik ialah asid jenis fosforus yang

paling biasa didapati. Pengilang

menggunakannya untuk menghasilkan sebatian

fosfat tidak organik, baja, minuman ringan dan

perasa sirap.

UMUM 
KAFEINA

Kafeina ialah pepejal yang tidak berbau, berasa

pahit sedikit. Ia ialah bahan perangsang, dan

didapati sedikit dalam kopi, teh, dan sesetengah

minuman ringan lain.

UMUM 
MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri ialah mesin yang

mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila

duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke

dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai

jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi,

aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin

layan diri boleh digunakan 24 jam sehari.

UMUM 
KACANG KOLA

Kacang kola ialah biji beberapa jenis pokok

malar hijau yang berasal dari Afrika Barat. Kacang

kola digunakan untuk membuat minuman

ringan dan ubat.

UMUM 

Kembali ke atas