TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |
MINYAK JAGUNG | Minyak jagung ialah minyak yang dibuat daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya sebagai minyak masak dan minyak salad, dan dalam keluaran makanan seperti marjerin dan kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis berwarna kuning pucat. | UMUM | |
MINYAK BIJI KAPAS | Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia digunakan terutamanya untuk membuat masak lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak dan minyak salad. | UMUM | |
MINYAK ZAITUN | Minyak zaitun ialah minyak yang wangi, boleh dimakan, yang dibuat daripada buah zaitun. Ia digunakan terutamanya sebagai kuah salad dan sebagai minyak masak. Rasanya berbeza-beza, daripada rasa manis hingga rasa hambar dan terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak tepu (lihat Lemak). Kebanyakan minyak zaitun berwarna kuning kehijauan cerah. | UMUM | |
MINYAK KELAPA SAWIT | Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak sayur yang paling meluas digunakan di dunia. Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin, dan sabun. | UMUM | |
MAKANAN REBUS | MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Makanan |