MINYAK SAYUR | Minyak sayur ialah bahan lemak yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Minyak sayur digunakan terutamanya dalam mengeluarkan atau memasak banyak jenis makanan. Kebanyakan minyak ini dalam bentuk cecair, kecuali beberapa dalam bentuk pepejal pada suhu bilik, seperti lemak koko, minyak kelapa, dan minyak kelapa sawit. Minyak sayur terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak, iaitu bahagian perlu dalam diet untuk kesihatan. Untuk maklumat lanjut tentang nilai makanan dan komposisi minyaknya lihat Lemak. | UMUM | |
MARJERIN | Marjerin ialah makanan menyerupai mentega yang dibuat daripada minyak sayur-sayuran atau lemak haiwan atau daripada kedua-duanya sekali. | UMUM | Umum |
AISKRIM | Aiskrim ialah makanan beku yang popular. Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu, gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri, minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi, boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu. | UMUM | |
RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
MINYAK KELAPA SAWIT | Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak sayur yang paling meluas digunakan di dunia. Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin, dan sabun. | UMUM | |
TARRAGON | Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran, sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak. Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus. Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter di kawasan yang panas dan kering. Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia dracunculus . | UMUM | |
MAKANAN GORENG | MAKANAN GORENG, makanan yang dimasak dengan menggunakan minyak. Ada dua cara menggoreng; menggoreng dengan minyak yang sedikit atau menggoreng dengan minyak yang banyak. Menggoreng dengan minyak sedikit disebut tumis. Makanan yang dimasak begini antaranya ialah sayur-sayuran, sambal dan lauk-pauk. | BUDAYA | Makanan |
MAKANAN REBUS | MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Makanan |